Pages

Tuesday 10 February 2015

Debaran Kembali

Assalamualaikum..

uhuk..uhuk..bersawang..berhabuk blog ni..dah lama tuan tanah tak bersihkan. hari ni baru berkesempatan...hikhik almaklum start pindah-randah dari pasir gudang ke Bukit Ramun dan sekarang ke Air Tawar. baru inilah rasanya free. (padahal sekejap lagi nak jaga student exam, menyempat lagi tuuu..)

Oh ye..sekarang saya bekerja di kolej komuniti. Errr..sebagai kuli je..hikhik..oklah..ni nak cakap pasal tajuk ni..ehem..ehem..debaran kembali...macam gempak sangat je kan bunyinya..tapi sebenarnya memang terasa debaran. Tentang apa?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Jeng,,jeng..jeng..alhamdulillah..baby nombor dua on the way..happy sangat sangat...wink..wink..


sebenarnya dalam happy ada jugak keresahan dalam hati..what if something happen?what if jadi macam dulu..apa maksud macam dulu? Sebelum zika dapat baby cha, zika pernah gugur. Pregnant after nikah. Orang kata bunting pelamin but rezekinya bukan disitu..(sad) tapi Allah gantikan dengan yang lebih baik..After 3 bulan tu zika pregnant semula..alhamdulillah and dah selamat melahirkan pun. Aisyah pun dah masuk setahun 5 bulan dah sekarang.

Tapi kali ni tetap juga kebimbangan tu ada. Almaklum dekat dalam jadi mana nak tahu. So far ada jugak morning sickness tapi tak teruk masa macam cha dulu...(lembik dibuatnya sampai kena tahan wad). Cuma sakit kepala je memanjang dan badan rasa lemah sangat walaupun dah ambik supplement untuk membantu huh..sabar jelah. Lain betul pregnancy kali ni. Tapi yang samanya..janganlah ada bau-bau yang pelik..memang siaplah..mabuk macam atas kapal cuma tak muntah je huhu

Alhamduluillah baby dah 8 minggu tapi belum lagi buat buku merah hikhik..sebab takuttttttttt..yang what if tulah hikhik..ngade-ngade kan????alahaiiiii..plus sebelum ni dah tukar cha check up kat swasta je sebabnya en. husband rasa masa habis hanya disitu je. so kita kenalah ikut en. husband kan. jadi rasa bercinta nak pergi ke klinik tu memang teramatlah kan..hikhik en. husband dah pujuk pergi buat buku awal jadi senang nanti. Lepas tu boleh buat check up dekat swasta je. Nak pergi waktu malam pun boleh. So takdelah ganggu waktu bekerjakan?? Almaklumlah sekarang minggu exam so busylah sikit walaupun takdelah busy mana kan..haha and lepas ni dah sibuk dengan pendaftaran student baru pulak. So banyak perkara nak kena pertimbangkan...bagi mommy-mommy yang preggy lain macam mana pulak pilihan anda??check up swasta or kerajaan?























 
Blogger Templates