Pages

Thursday 16 January 2014

Disini Permulaan segala-galanya.

Assalamualaikum...

       Ehem...ehem..test suara..test suara..ahaks..macam retis pulak rasa..eh, macamlah orang boleh dengar suara saya ni.*Perasan kejap*. Alhamdulillah, setelah berminggu-minggu bertangguh-tangguh untuk buat blog. Akhirnya dapat juga saya memulakan bait-bait mukaddimah disini.

      Siapa saya? Saya seorang ibu kepada seorang bayi perempuan comel bernama Aisyah Nur Humairah.
Isteri kepada hero malaya saya Mohammad Abdul Hamid
 Alhamdulillah bahagia itu milik kami sekeluarga. Mudah-mudahan Allah terus limpahkan kebahagiaan ini.
       Saya juga seorang WAHM. Apa itu WAHM? Work At Home Mom hihihi... Mencari sedikit rezeki demi membantu suami yang tercinta dan demi cahaya mata yang satu tu. saya juga seorang SID (Shaklee independent Distributor) bernombor 1032893.

    Kenapa saya pilih Shaklee??hehe itu akan saya ceritakan nanti ye. Saya juga mempunyai online shop sendiri di facebook. Facebook: Mama Aira's Shop. Di jemput untuk cuci-cuci mata di online shop saya ya. cukup dulu setakat ni, nanti saya akan update lagi ye.

 
Blogger Templates