Pages

Saturday 10 May 2014

Air mata buat Ibu

Hokeh..entry kali ni agak panjang sedikit dan tidak ada kena mengena dengan shaklee. This morning duduk termenung terkenang org yg dah tiada. Yes! My mom. Bulan ni bulan utk ibu. Tapi mak sy sentiasa dihati tiap saat.tak perlu hari ibu, cuma bila disana sini tetg ibu. Kehilangan tu makin terasa.

Arwah mak super woman ku. Cakap je nak apa, walau tak ada duit pasti akan dia usahakan jugak.

Arwah mak mengajar ngaji as long as I can remember. Mak rajin tambah ilmu tentang tarranum dan al-quran. Rajin ke masjid kota tinggi tiap2 minggu belajar dgn hajah ummi kalsum.

Dulu rumah tak pernah sunyi dengan bacaan ayat al-quran siang dan malam sebab sentiasa ada budak belajar mengaji atau taranum untuk pertandingan.

Paling best sebab mak jual jajan dan aiskrim kat rumah dan hakak ni lah tukang makan dan perabih skali hikhik walaupun ayah kdg2 bebel sbb budak2 buat sepah kat rumah sbb jajan tp mak tak kisah. Kalau ada yg byr duit ngaji mesti mak bg jajan setimbun kat diorg. Mak ckp tu kira sedekah amal jariah mak. Mak bukan nk duit org sgt tp mak nak Budk2 rajin dtg rumah ngaji dan belajar al-quran.

Yes..paling suka bila mak buat kerepek kentang. Bila dh dekat puasa, sy dan ayah duduk mengadap lupas kulit kentang. Kalau mak mengajar ngaji, sy dan ayah gilir-gilir ganti goreng kerepek kentang. Fuh..kalau tak ada kesabaran yang tinggi menghadap api panas, kuali panas, memang tak kan terbuat punya. Sebab tu mak super woman. Takde bantuan mesin, semua by hand waktu tu. Dari kupas kulit sampailah nak packing.

Hasil air tangan mak tu jugaklah yg membesarkan sy sampai ke universiti. Memang sgt terkilan tak mampu nak beri yg terbaik untuk mak. tapi apakan daya.

Waktu mak meninggal bagai tak ada ruang nk berjalan didalam dan luar rumah sbb terlalu ramai org datang ziarah. Sampai duduk pun berhimpit-himpit. Nak parking kenderaan pun sampai jauh-jauh.Allah..mungkin itulah kelebihan yg allah beri pd arwah mak. Malah sahabat-sahabat yang sama-sama dengan mak belajar di kota tinggi juga mengkhatamkan al-quran beramai-ramai untuk mak. Beruntung sangat mak.
 

Tetapi paling sedih sebab mak pergi seminggu sebelum konvokesyen ku. Sebelum sempatku hadiahkan segulung ijazah untuk tatapan mak sebagai bukti pengorbanan mak berbaloi. Dua minggu sebelum tu pun mak excited sangat nak berjalan dan makan2 di penang. Boleh dikatakan setiap hari mak call or sy call. Tak sangka baru sehari balik ke rumah dan dapat bercerita dengan mak. Tapi malamnya mak pergi untuk selamanya secara mengejut kerana asthma didepan mataku. Masih terbayang2 ayah sambut badan mak yg longlai dan jatuh dalam pangkuan ayah. Ayah pernah cerita yg mak nak mati dirumah, didalam pangkuan ayah. Dan pesannya kalau siapa2 mati dulu jangan totiskan airmata. Sebab tu jugak ayah tak menangis, cuma dua minggu lepas tu ayah mengalirkan airmata rindu yg teramat pd mak kerana anniversary perkahwinan mak dan ayah yg ke 40 hampir tiba Menjenguk ayah di biliknya, ayah tengah termenung dan rupa-rupanya ayah menangis seorang diri. sedih sangat bila lihat ayah waktu itu. Mudah2an roh mak dicucuri rahmat Allah. Amin.

Mak adalah kesayanganku, my super woman, maaf kerana selalu mengecewakan mak. Tapi hati ini selalu untuk mak. Walaupun diriku selalu degil dan memberontak adakalanya. Mak paling penyabar dalam segalanya.love u mak!! (T.T)


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates