Pages

Monday 14 July 2014

Kekal Sihat dengan Vitamin B Complex

Adakah anda selalu merasa penat? Walaupun anda menjaga makan dan rehat? Adakah kulit anda mempunyai jeragat dan warna tidak sekata? rambut yang tidak bermaya dan tidak bersinar? Ini berkemungkinan daripada badan anda yang tidak dapat memproses sumber nutrien yang telah anda bekalkan sewaktu anda makan. Kes ini boleh terjadi kerana badan anda kekurangan vitamin B complex. Bcomplex berperanan dalam menguraikan nutrien dan menukarkannya kepada tenaga. dengan ini, sel boleh diperbaharui, tubuh badan kita boleh ditoksifikasi dan rambut juga akan semakin kuat.




Secara umum, Vitamin yang terdapat didalam B complex Shaklee adalah:
  • Vitamin B1 - Thiamin
  • Vitamin B2- Riboflavin
  • Vitamin B3- Niacin
  • Vitamin B6- Pyridoxine hydrochloride
  • Folic Acid
  • Vitamin B12 - Cobalamin
  • Biotin
  • Panthothenic Acid
Vitamin B1- Thiamin 

Thiamin amat diperlukan untuk sistem saraf. Ia mempengaruhi pesanan yang diberikan oleh otak serta menyokong transmisi stimulus. Selain itu, ia juga membantu dalam mengekstrak tenaga daripada nutrien. Vitamin ini juga membantu menstimulasi pertumbuhan kulit baru serta sel rambut dan kuku.
  • Ia mengekstrak tenaga daripada nutrien 
  • membina sel baru dan menguatkan otot
  • menguatkan rambut dan tulang
Vitamin B2- riboflavin  


Vitamin B2 (Riboflavin) menukarkan gas hidrogen daripada nutrien yang kita dapat kepada tenaga. Selain itu juga, ia membantu menentang radikal bebas dan juga membantu mengelakkan penuaan diusia awal serta pembentukan masalah jantung. Ia mempunyai kelebihan dalam mempercepatkan pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Ini bermakna vitamin B2 membekalkan tenaga kepada badan. Riboflavin juga penting dalam pembentukan sel darah merah. Kajian juga menemui yang riboflavin membantu mereka-mereka yang mengalami migrain.
  •  Menukarkan oksigen kepada tenaga
  • mengekstrak tenaga daripada nutrien
  • menentang radikal bebas
  • mempercepatkan pengangkutan oksigen keseluruh badan
  • membantu pembentukan sel darah merah.

Vitamin B3- Niacin

Niacin dipercayai membantu dalam meningkatkan kolestrol HDL atau lebih dikenali dengan kolestrol baik dalam darah. Ia juga membekalkan coenzim yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Selain itu, ia juga memperbaiki sel dan DNA yang rosak, ia ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan otak. Vitamin B3 juga merupakan antioksidan yang sangat kuat kerana ia membesarkan saluran pembuluh darah dan pengamalan yang berterusan akan mengelakkan kita daripada penyakit alzheimer serta membantu pesakit parkinson.
  •  merupakan antioksida yang baik dimana ia memerangkap radikal bebas dan menjadikan kulit nampak lebih muda.
  • mencegah penyakit alzeimer
  • meningkatkan pertumbuhan sel otak yang baru.
  • memperbaiki sel dan DNA yang rosak.
 Vitamin B6- Pyridoxine hydrochloride

Vitamin B6 membantu dalam menyeimbangkan level asid amino yang mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Ia membantu dalam menjaga mood dan tidur yang lena yang juga berkaitan dengan hormon stress. Malah terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin B6 boleh mengurangkan masalah pembengkakkan arthritis.

  • pembentukan asid amino dalam badan
  • membantu menjaga mood dan tidur yang lena
  • membantu masalah stress
  • mengurangkan masalah pembengkakkan arthritis.

Asid Folik

Asid folik juga dikenali sebagai anti-depresi dan juga menghalang berlakunya kehilangan daya ingatan. Ia juga sangat penting untuk ibu-ibu hamil kerana asid folik menyokong perkembangan fetus serta mengelakkan daripada berlakunya kecacatan pada perkembangan otak bayi sedari dalam rahim.
  • anti-depresi 
  • menghalang kehilangan daya ingatan
  • penting utk perkembangan bayi dalam rahim

Vitamin B12 - Cobalamin

Vitamin ini membantu menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi melakukan kerjanya. Ia juga menghasilkan oksigen yang membawa protein iaitu hemoglobin. Vitamin B12 hanya boleh ditemui dalam haiwan sahaja. Jadi banyak kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak memakan daging mengalami masalah kekurangan vitamin B12.
  • Menghasilkan darah merah
  • menghasilkan oksigen yang membawa protein iaitu hemoglobin
 Biotin 

Biotin juga berkaitan dengan rambut, kulit dan kuku yang sihat. Ia juga dikenali sebagai 'vitamin kecantikan'. Ia juga mampu membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah diabetes. Biotin membantu mengawal kadar paras glukosa dalam darah. Ia juga penting untuk ibu-ibu yang mengandung untuk pertumbuhan bayi yang normal.

  •  Vitamin kecantikan, untu rambut, kulit dan kuku yang sihat.
  • membantu kawal paras glukosa alam darah bagi penghidap diabetes.
  • penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang normal.
Panthothenic Acid 

Tugas Vitamin adalah untuk meleraikan lemak dan karbo untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia bertanggungjawab untuk produksi kesuburan dan hormon yang berkaitan dengan tekanan hormon termasuk testeron. Kajian menemui bahawa vitamin ini mampu membantu kita mendapatkan kulit yang sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kemerahan.

  • meleraikan lemak dan karbo menjadi tenaga
  • menggalakkan produksi kesuburan dan  hormon seperti testeron.
  • menjadikan kulit sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Lihatlah kebaikan Vitamin B ini. Vitamin B menyumbang kepada metabolism sekiranya anda tidak mengambil Vitamin B dalam diet anda bermakna tiada metabolism dan sekaligus tiada tenaga. Tiada tenaga bermakna tiada kehidupan. Bukan begitu?

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Vitamin E Complex Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:

 Klik disini untuk order!




No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates