Pages

Thursday 31 July 2014

Set Kecantikan Shaklee

Salam semua, sudah masuk hari ke-4 raya. Pasti semua bersuka ria menyambut kedatangan aidilfitri bersama keluarga serta orang-orang yang tersayang kan? Hari ini saya ingin berkongsi tentang set kecantikan Shaklee yang menjadi pilihan ramai.

Mestilah set vit-e, Vit C dan juga B-complex. Ada yang dah pernah cuba? Kalau dah pernah, pasti anda akan berpuas hati. Set ini disukai ramai bukan sahaja kerana nilainya yang berbaloi, tetapi juga tahan sehingga berbulan-bulan jika hendak dibandingkan dengan jenama-jenama lain diluar sana.

Jom kita intai kelebihan set ini...

anda juga boleh baca tentang sustained released vita-c disini, banyak juga kelebihannya disamping ia multipurpose, bukan sahaja untuk kulit dan kecantikan tetapi juga untuk kesihatan. Selain daripada itu, anda juga boleh riki-riki tentang vita e disini serta tentang B-complex disini.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba set kecantikan Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:


Klik disini untuk order! 








Monday 14 July 2014

Kekal Sihat dengan Vitamin B Complex

Adakah anda selalu merasa penat? Walaupun anda menjaga makan dan rehat? Adakah kulit anda mempunyai jeragat dan warna tidak sekata? rambut yang tidak bermaya dan tidak bersinar? Ini berkemungkinan daripada badan anda yang tidak dapat memproses sumber nutrien yang telah anda bekalkan sewaktu anda makan. Kes ini boleh terjadi kerana badan anda kekurangan vitamin B complex. Bcomplex berperanan dalam menguraikan nutrien dan menukarkannya kepada tenaga. dengan ini, sel boleh diperbaharui, tubuh badan kita boleh ditoksifikasi dan rambut juga akan semakin kuat.




Secara umum, Vitamin yang terdapat didalam B complex Shaklee adalah:
  • Vitamin B1 - Thiamin
  • Vitamin B2- Riboflavin
  • Vitamin B3- Niacin
  • Vitamin B6- Pyridoxine hydrochloride
  • Folic Acid
  • Vitamin B12 - Cobalamin
  • Biotin
  • Panthothenic Acid
Vitamin B1- Thiamin 

Thiamin amat diperlukan untuk sistem saraf. Ia mempengaruhi pesanan yang diberikan oleh otak serta menyokong transmisi stimulus. Selain itu, ia juga membantu dalam mengekstrak tenaga daripada nutrien. Vitamin ini juga membantu menstimulasi pertumbuhan kulit baru serta sel rambut dan kuku.
  • Ia mengekstrak tenaga daripada nutrien 
  • membina sel baru dan menguatkan otot
  • menguatkan rambut dan tulang
Vitamin B2- riboflavin  


Vitamin B2 (Riboflavin) menukarkan gas hidrogen daripada nutrien yang kita dapat kepada tenaga. Selain itu juga, ia membantu menentang radikal bebas dan juga membantu mengelakkan penuaan diusia awal serta pembentukan masalah jantung. Ia mempunyai kelebihan dalam mempercepatkan pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Ini bermakna vitamin B2 membekalkan tenaga kepada badan. Riboflavin juga penting dalam pembentukan sel darah merah. Kajian juga menemui yang riboflavin membantu mereka-mereka yang mengalami migrain.
  •  Menukarkan oksigen kepada tenaga
  • mengekstrak tenaga daripada nutrien
  • menentang radikal bebas
  • mempercepatkan pengangkutan oksigen keseluruh badan
  • membantu pembentukan sel darah merah.

Vitamin B3- Niacin

Niacin dipercayai membantu dalam meningkatkan kolestrol HDL atau lebih dikenali dengan kolestrol baik dalam darah. Ia juga membekalkan coenzim yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Selain itu, ia juga memperbaiki sel dan DNA yang rosak, ia ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan otak. Vitamin B3 juga merupakan antioksidan yang sangat kuat kerana ia membesarkan saluran pembuluh darah dan pengamalan yang berterusan akan mengelakkan kita daripada penyakit alzheimer serta membantu pesakit parkinson.
  •  merupakan antioksida yang baik dimana ia memerangkap radikal bebas dan menjadikan kulit nampak lebih muda.
  • mencegah penyakit alzeimer
  • meningkatkan pertumbuhan sel otak yang baru.
  • memperbaiki sel dan DNA yang rosak.
 Vitamin B6- Pyridoxine hydrochloride

Vitamin B6 membantu dalam menyeimbangkan level asid amino yang mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Ia membantu dalam menjaga mood dan tidur yang lena yang juga berkaitan dengan hormon stress. Malah terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin B6 boleh mengurangkan masalah pembengkakkan arthritis.

  • pembentukan asid amino dalam badan
  • membantu menjaga mood dan tidur yang lena
  • membantu masalah stress
  • mengurangkan masalah pembengkakkan arthritis.

Asid Folik

Asid folik juga dikenali sebagai anti-depresi dan juga menghalang berlakunya kehilangan daya ingatan. Ia juga sangat penting untuk ibu-ibu hamil kerana asid folik menyokong perkembangan fetus serta mengelakkan daripada berlakunya kecacatan pada perkembangan otak bayi sedari dalam rahim.
  • anti-depresi 
  • menghalang kehilangan daya ingatan
  • penting utk perkembangan bayi dalam rahim

Vitamin B12 - Cobalamin

Vitamin ini membantu menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi melakukan kerjanya. Ia juga menghasilkan oksigen yang membawa protein iaitu hemoglobin. Vitamin B12 hanya boleh ditemui dalam haiwan sahaja. Jadi banyak kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak memakan daging mengalami masalah kekurangan vitamin B12.
  • Menghasilkan darah merah
  • menghasilkan oksigen yang membawa protein iaitu hemoglobin
 Biotin 

Biotin juga berkaitan dengan rambut, kulit dan kuku yang sihat. Ia juga dikenali sebagai 'vitamin kecantikan'. Ia juga mampu membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah diabetes. Biotin membantu mengawal kadar paras glukosa dalam darah. Ia juga penting untuk ibu-ibu yang mengandung untuk pertumbuhan bayi yang normal.

  •  Vitamin kecantikan, untu rambut, kulit dan kuku yang sihat.
  • membantu kawal paras glukosa alam darah bagi penghidap diabetes.
  • penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang normal.
Panthothenic Acid 

Tugas Vitamin adalah untuk meleraikan lemak dan karbo untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia bertanggungjawab untuk produksi kesuburan dan hormon yang berkaitan dengan tekanan hormon termasuk testeron. Kajian menemui bahawa vitamin ini mampu membantu kita mendapatkan kulit yang sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kemerahan.

  • meleraikan lemak dan karbo menjadi tenaga
  • menggalakkan produksi kesuburan dan  hormon seperti testeron.
  • menjadikan kulit sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Lihatlah kebaikan Vitamin B ini. Vitamin B menyumbang kepada metabolism sekiranya anda tidak mengambil Vitamin B dalam diet anda bermakna tiada metabolism dan sekaligus tiada tenaga. Tiada tenaga bermakna tiada kehidupan. Bukan begitu?

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Vitamin E Complex Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:

 Klik disini untuk order!




Saturday 12 July 2014

Khasiat Vitamin E complex Shaklee

Salam Ramadhan penuh barakah semua. Alhamdulillah, kita sudah melalui menempuh ramadhan yang ke-13. Bersyukur masih dipanjangkan usia untuk beribadah pada Allah dibulan yang mulia ini. hari ini saya ingin membuat perkongsian mengenai Vitamin E Complex Shaklee. 

Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:
1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg bayam
500g badam


Inilah khasiat-khasiat yang terkandung dalam sebiji kapsul Vitamin E Complex Shaklee.
Ada juga yang membezakan antara Vitamin E yang berada di pasaran, dengan Vitamin E Complex Shaklee.


Vitamin E Shaklee di peribuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dgn vitamin E, d-alpha tocopherol yg aktif diekstrak secara fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap dipasaran.

Selain itu, ia juga mengandungi 10mg selenium semualjadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Oleh kerana ramai yang suka mengamalkan vitamin E, jadi pasaran vitamin sangat luas. Sekiranya anda ingin membeli Vitamin E yang ada dipasaran, sila baca label Vitamin E yang ingin anda beli. adakah nama saintifiknya d-alpha tocopherol ? Sekiranya di awal pangkal bukan huruf 'd' berhati-hatilah kerana ia mungkin vitamin jenis sintetik dan tidak tulen serta merbahaya untuk tubuh badan kita.



Selain khasiat yang terdapat dalam gambar diatas, Vitamin E Complex juga mempunyai banyak manfaat-manfaat lain yang disumbangkan oleh grape seed yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee seperti:
 • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan
terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung
kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
dinding kapilari darah.


Selain daripada Grape Seed extract yang terdapat dalam Vita E Shaklee, Selenium juga merupakan salah satu kandungan yang terdapat didalamnya. 

Apa itu selenium?

Selenium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.


 

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh seperti peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh seperti pencemaran ,sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.

 

Selenium merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari makanan sehari-hari, yang terdapat dalam ikan, padi-padian, daging, dan sayur yaitu brokoli. 
 
Jadi, fungsi selenium sangat penting bagi tubuh, antara lain:


  • Melawan radikal bebas, tubuh secara alami memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.

  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki system imuniti (kekebalan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanker kulit akibat paparan sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.

  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, karena itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan dini yaitu sel yang rosak sebelum waktunya. 

  • Kita di cadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar.
Bagaimanakah cara mendapatkan sumber selenium dalam diet harian?
Anda boleh pilih makanan yang kaya dengan Selenium seperti Brokoli, Tiram, Buah Tembikai, Bawang putih, dan bayam.
 

Semua sumber ini perlu menjalani proses masakan. Kalau masak dengan suhu panas yang tinggi atau terlalu ;lama. Segala nutrien yang ada akan hilang. Jadi bagaimanakah kita boleh mendapatkan sumber selenium tanpa melalui proses yang boleh menghilangkan nutriennya? Saya pilih Vita E complex Shaklee kerana mempunyai 10mg selenium semulajadi yang diperlukan oleh badan kita.

Selain daripada itu, gabungan selenium dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutama pada pergerakan sperma.



Sekiranya anda berminat untuk mencuba Vitamin E Complex Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:

Klik disini untuk order! 


Friday 11 July 2014

Bestnya Vitamin C Sustained Released





Tahukah anda keistimewaan Vitamin C Sustained Released?
  •  Sustained released Vita C plus diekstrak daripada kanji jagung.
  • Setiap 500mg Vita C SR ini mengandungi 120mg bioflavonoid yang membantu penyerapan Vita c dalam badan kita dengan lebih efisyen lagi.
  • Vitamin C Shaklee akan kekal didalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam. Haaa..ini bermakna bersamaan dengan 7.5 biji oren sehari. Laratkah kita nak makan 7.5 biji oren sehari? Hanya dengan harga 50 sen (HARGA AHLI LEBIH MURAH TAU) untuk sebiji Vitamin C, anda akan dapat kebaikan 7.5 biji oren berbanding dengan 7 biji oren di kedai-kedai. Mungkin harga lebih berlipat kali ganda. Jadi anda hanya dapat kebaikan 7 biji oren dengan hanya 50sen sahaja.
  • Vitamin C boleh bertindak sebagai detoks khususnya untuk mereka yang merokok. Semua tahu kandungan yang berbahaya dalam rokok seperti plumbum, arsenik, raksa, tar memberi kesan kepada keseluruhan badan terutamanya hati, buah pinggang, saluran darah dan sebagainya dan menghasilkan banyak radikal bebas di dalam tubuh. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang mengawal kerosakan akibat aktiviti radikal bebas yang boleh merosakkan DNA.
  •  Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik) dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan.
  • Vitamin C Shaklee adalah yang termurah di pasaran jika dibandingkan dengan kualiti dan keistimewaannya. 1 botol vitamin C mengandungi 180 biji ini bermakna ia akan tahan selama 6 bulan penggunaan dengan harga hanya RM92 (jom join ahli Shaklee untuk mendapat kelebihan membeli vitamin Shaklee pada harga murah). 
  • Vitamin C Shaklee adalah fleksibel. Bukan sahaja boleh dimakan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman namun boleh juga dibuat masker untuk menjaga kecantikan luaran. Nah, saya berikan panduan untuk membuat masker Vita C SR.

  • Vitamin C sangat berkesan dalam mengecutkan jerawat besar dan mengelakkan jerawat pasir dimuka. Dan amalan penggunaan secara berterusan boleh membantu mencerahkan dan menegangkan kulit kerana Vitamin C berperanan untuk membentuk kolagen kulit. Jadi kulit akan lebih tegang, licin cantik dan kalau ada luka, luka tersebut cepat baik. No wonder lah Vita c SR ni termasuk dalam set kecantikan Shaklee.ihiks

Jom kita tengok kenapa badan kita memerlukan Vitamin C :
  • Mencegah jangkitan dan selsema
  • Antioksida yang kuat
  • Memperbaiki tisu badan.
  • Penghasilan kolagen untuk pembentukan kulit, memperbaiki ligamen dan memperbaiki rawan.
  • Membentuk dan memperbaiki tulang, rawan dan gusi.
 Sekiranya anda kekurangan vitamin C, anda mungkin...




    Sekiranya anda berminat untuk mencuba Sustained released Vita C Plus, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

    Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

    Konsultansi akan diberikan.

    tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:
    Klik disini untuk order terus!
    hai u ols semua..ihiks..apa khabar?? haih..bersawang bagai blog ku ni...hahaha harus nak kena bersihkan rumah baru boleh jemput orang datang.

    Anyway, ku nak sambung cerita tetang en.hubby ku yang demam teruk sebelum ni. belum baca lagi?? hahaha sila baca kerana ada info disitu. Mungkin anda akan dapat ilmu sedikit sebanyak nanti.

    hokeh, ini al-kisah setelah en. hubby consume Nutriferon dan B complex.

    sila abaikan muka babyku yang mencebik..hahahaha..sedih benor ghupenya kena pelok gitu. okey, sambung cerita. Seronok rasanya bila yang tersayang sihat. Yes, bukan zika nak mencanang yang shaklee ni hebat bagai tapi dari pengalaman sendiri mengkonsumsi, memang zika puas hati kerana kesannya pada keluargaku.

      Dua item ini a must have item dalam rumah, kenapa? sebab membantu kuatkan imun dalam badan selain daripada itu B-complex juga membantu meredakan stress. Inginkan dua itema ni? Boleh sangat sebab zika adalah SID bernombor 1032893. Boleh COD area Pasir Gudang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai serta pengeposan ke seluruh Malaysia. Nak harga ahli??meh jadi ahli terus ihiks. RM65 sahaja.

    Nama: Akmal Haziqah Binti Abdul Rashid
    SID: 1032893
    Contact Number : 013-3530853

    Sunday 6 July 2014

    KEISTIMEWAAN SHAKLEE



    • Tahukah anda bahawa 1 daripada tiga kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit jantung?
    • Tahukah anda 1 daripada rakyat Malaysia menhidapi barah?
    • tahukah anda 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidapi Diabetic 

    Kenapa anda perlu mengambil supplement?
    1. Pencemaran 
    •   Persekitaran yang tidak sihat boleh menjerumus kepada kesihatan yang tidak sihat.  
         2.   Makanan kurang berkhasiat

         3.   gaya hidup tidak sihat

         4.   Tekanan hidup

         5.  Pengambilan ubat berlebihan


    Ancaman terbesar

    • Penuaan sel-sel badan.

    Keistimewaan Shaklee
     
    1.  Sentiasa selamat
    • Lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun
    • Lebih daripada 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat untuk setiap bahan baru.
    2.   Sentiasa berkesan
    •  Bahan semulajadi yang paling halus.
    • Lebih daripada 100 terbitan saintifik bertulis.
    • Kajian unggul menunjukkan individu-individu yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.
    3.   Sentiasa mesra alam
    • Selamat untuk anda, rumah anda dan bumi.
    Syarikat pertama didunia yang memperolehii pensijilan Climate Neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan co2 100% pada tahun 2000.


    sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee, anda boleh hubungi saya terus di 013-3530853 ataupun anda boleh emailkan pada saya : akmal_haziqah@yahoo.com

     
     
    Blogger Templates