Pages

Monday 20 October 2014

DRESS BABY DARI TSHIRT TERPAKAI

Salam semua. Dah lama rasanya tak berblogging hihi bersawang rumah tuan tanah dibuatnya.

Banyaknya perkara nak buat sekarang ni sebab tak lama lagi nak berpindah ke kota tinggi. Beginilah bila makan gaji kan, kenalah ikut majikan. But oppsss..bukan zika tau yang kena transfer kerja. Suami zika sebenarnya hihi

Zika ni WAHM (work at home mom) so dimana-mana saja boleh jadi ofis zika. Zika juga masih setia buat Shaklee. .ihiks..ada yang nak order Shaklee tak?? Meh Whatsapp zika 013-3530853.

Oklah daripada merapu panjang-panjang, meh zika nak share hobby baru zika. Zika buat dress baby dari tshirt en.hubby yang dia dah tak pakai hihi bukan cheapskate ea..tapi saje je. Daripada baju terbuang. Baik kita manfaatkannya.

 Ini gambar hadapan baju. Memang mudah sangat nak buat. Percaya atau tak, zika jahit guna tangan je tau hihi ok memang gigih sangatkan sebab terasa cute pulak bila baby dah pakai.

Ini pulak pandangan belakang baju ni. Walaupun jahitannya tak secantik dan sekemas jahitan menggunakan mesin jahit tapi zika puas hati sangat sebab dapat diy dress baby sendiri hihi

Zika janji akan share tutorials untuk buat baju baby ni step-by-step ok hihi siap dengan model yang pakai lagi nanti hihi oklah..kita sambung lagi akan datang. Zika nak bermasker dengan esp Shaklee pulak lepas ni.

Psssttt..bulan ni promo esp tau.beli 6 percuma satu. Jom pakat-pakat kongsi beli dengan adik-beradik, kawan-kawan hihi zika ssedia ambik order. Whatsapp je kat nombor ni..013.353.0853

Thursday 31 July 2014

Set Kecantikan Shaklee

Salam semua, sudah masuk hari ke-4 raya. Pasti semua bersuka ria menyambut kedatangan aidilfitri bersama keluarga serta orang-orang yang tersayang kan? Hari ini saya ingin berkongsi tentang set kecantikan Shaklee yang menjadi pilihan ramai.

Mestilah set vit-e, Vit C dan juga B-complex. Ada yang dah pernah cuba? Kalau dah pernah, pasti anda akan berpuas hati. Set ini disukai ramai bukan sahaja kerana nilainya yang berbaloi, tetapi juga tahan sehingga berbulan-bulan jika hendak dibandingkan dengan jenama-jenama lain diluar sana.

Jom kita intai kelebihan set ini...

anda juga boleh baca tentang sustained released vita-c disini, banyak juga kelebihannya disamping ia multipurpose, bukan sahaja untuk kulit dan kecantikan tetapi juga untuk kesihatan. Selain daripada itu, anda juga boleh riki-riki tentang vita e disini serta tentang B-complex disini.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba set kecantikan Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:


Klik disini untuk order! 








Monday 14 July 2014

Kekal Sihat dengan Vitamin B Complex

Adakah anda selalu merasa penat? Walaupun anda menjaga makan dan rehat? Adakah kulit anda mempunyai jeragat dan warna tidak sekata? rambut yang tidak bermaya dan tidak bersinar? Ini berkemungkinan daripada badan anda yang tidak dapat memproses sumber nutrien yang telah anda bekalkan sewaktu anda makan. Kes ini boleh terjadi kerana badan anda kekurangan vitamin B complex. Bcomplex berperanan dalam menguraikan nutrien dan menukarkannya kepada tenaga. dengan ini, sel boleh diperbaharui, tubuh badan kita boleh ditoksifikasi dan rambut juga akan semakin kuat.




Secara umum, Vitamin yang terdapat didalam B complex Shaklee adalah:
  • Vitamin B1 - Thiamin
  • Vitamin B2- Riboflavin
  • Vitamin B3- Niacin
  • Vitamin B6- Pyridoxine hydrochloride
  • Folic Acid
  • Vitamin B12 - Cobalamin
  • Biotin
  • Panthothenic Acid
Vitamin B1- Thiamin 

Thiamin amat diperlukan untuk sistem saraf. Ia mempengaruhi pesanan yang diberikan oleh otak serta menyokong transmisi stimulus. Selain itu, ia juga membantu dalam mengekstrak tenaga daripada nutrien. Vitamin ini juga membantu menstimulasi pertumbuhan kulit baru serta sel rambut dan kuku.
  • Ia mengekstrak tenaga daripada nutrien 
  • membina sel baru dan menguatkan otot
  • menguatkan rambut dan tulang
Vitamin B2- riboflavin  


Vitamin B2 (Riboflavin) menukarkan gas hidrogen daripada nutrien yang kita dapat kepada tenaga. Selain itu juga, ia membantu menentang radikal bebas dan juga membantu mengelakkan penuaan diusia awal serta pembentukan masalah jantung. Ia mempunyai kelebihan dalam mempercepatkan pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Ini bermakna vitamin B2 membekalkan tenaga kepada badan. Riboflavin juga penting dalam pembentukan sel darah merah. Kajian juga menemui yang riboflavin membantu mereka-mereka yang mengalami migrain.
  •  Menukarkan oksigen kepada tenaga
  • mengekstrak tenaga daripada nutrien
  • menentang radikal bebas
  • mempercepatkan pengangkutan oksigen keseluruh badan
  • membantu pembentukan sel darah merah.

Vitamin B3- Niacin

Niacin dipercayai membantu dalam meningkatkan kolestrol HDL atau lebih dikenali dengan kolestrol baik dalam darah. Ia juga membekalkan coenzim yang membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Selain itu, ia juga memperbaiki sel dan DNA yang rosak, ia ia juga membantu meningkatkan pertumbuhan otak. Vitamin B3 juga merupakan antioksidan yang sangat kuat kerana ia membesarkan saluran pembuluh darah dan pengamalan yang berterusan akan mengelakkan kita daripada penyakit alzheimer serta membantu pesakit parkinson.
  •  merupakan antioksida yang baik dimana ia memerangkap radikal bebas dan menjadikan kulit nampak lebih muda.
  • mencegah penyakit alzeimer
  • meningkatkan pertumbuhan sel otak yang baru.
  • memperbaiki sel dan DNA yang rosak.
 Vitamin B6- Pyridoxine hydrochloride

Vitamin B6 membantu dalam menyeimbangkan level asid amino yang mempunyai kaitan dengan penyakit jantung. Ia membantu dalam menjaga mood dan tidur yang lena yang juga berkaitan dengan hormon stress. Malah terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin B6 boleh mengurangkan masalah pembengkakkan arthritis.

  • pembentukan asid amino dalam badan
  • membantu menjaga mood dan tidur yang lena
  • membantu masalah stress
  • mengurangkan masalah pembengkakkan arthritis.

Asid Folik

Asid folik juga dikenali sebagai anti-depresi dan juga menghalang berlakunya kehilangan daya ingatan. Ia juga sangat penting untuk ibu-ibu hamil kerana asid folik menyokong perkembangan fetus serta mengelakkan daripada berlakunya kecacatan pada perkembangan otak bayi sedari dalam rahim.
  • anti-depresi 
  • menghalang kehilangan daya ingatan
  • penting utk perkembangan bayi dalam rahim

Vitamin B12 - Cobalamin

Vitamin ini membantu menghasilkan sel darah merah dan membantu zat besi melakukan kerjanya. Ia juga menghasilkan oksigen yang membawa protein iaitu hemoglobin. Vitamin B12 hanya boleh ditemui dalam haiwan sahaja. Jadi banyak kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak memakan daging mengalami masalah kekurangan vitamin B12.
  • Menghasilkan darah merah
  • menghasilkan oksigen yang membawa protein iaitu hemoglobin
 Biotin 

Biotin juga berkaitan dengan rambut, kulit dan kuku yang sihat. Ia juga dikenali sebagai 'vitamin kecantikan'. Ia juga mampu membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah diabetes. Biotin membantu mengawal kadar paras glukosa dalam darah. Ia juga penting untuk ibu-ibu yang mengandung untuk pertumbuhan bayi yang normal.

  •  Vitamin kecantikan, untu rambut, kulit dan kuku yang sihat.
  • membantu kawal paras glukosa alam darah bagi penghidap diabetes.
  • penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan yang normal.
Panthothenic Acid 

Tugas Vitamin adalah untuk meleraikan lemak dan karbo untuk ditukarkan menjadi tenaga. Ia bertanggungjawab untuk produksi kesuburan dan hormon yang berkaitan dengan tekanan hormon termasuk testeron. Kajian menemui bahawa vitamin ini mampu membantu kita mendapatkan kulit yang sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan kemerahan.

  • meleraikan lemak dan karbo menjadi tenaga
  • menggalakkan produksi kesuburan dan  hormon seperti testeron.
  • menjadikan kulit sihat serta mengurangkan tanda-tanda penuaan.


Lihatlah kebaikan Vitamin B ini. Vitamin B menyumbang kepada metabolism sekiranya anda tidak mengambil Vitamin B dalam diet anda bermakna tiada metabolism dan sekaligus tiada tenaga. Tiada tenaga bermakna tiada kehidupan. Bukan begitu?

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Vitamin E Complex Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:

 Klik disini untuk order!




Saturday 12 July 2014

Khasiat Vitamin E complex Shaklee

Salam Ramadhan penuh barakah semua. Alhamdulillah, kita sudah melalui menempuh ramadhan yang ke-13. Bersyukur masih dipanjangkan usia untuk beribadah pada Allah dibulan yang mulia ini. hari ini saya ingin membuat perkongsian mengenai Vitamin E Complex Shaklee. 

Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:
1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg bayam
500g badam


Inilah khasiat-khasiat yang terkandung dalam sebiji kapsul Vitamin E Complex Shaklee.
Ada juga yang membezakan antara Vitamin E yang berada di pasaran, dengan Vitamin E Complex Shaklee.


Vitamin E Shaklee di peribuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dgn vitamin E, d-alpha tocopherol yg aktif diekstrak secara fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap dipasaran.

Selain itu, ia juga mengandungi 10mg selenium semualjadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Oleh kerana ramai yang suka mengamalkan vitamin E, jadi pasaran vitamin sangat luas. Sekiranya anda ingin membeli Vitamin E yang ada dipasaran, sila baca label Vitamin E yang ingin anda beli. adakah nama saintifiknya d-alpha tocopherol ? Sekiranya di awal pangkal bukan huruf 'd' berhati-hatilah kerana ia mungkin vitamin jenis sintetik dan tidak tulen serta merbahaya untuk tubuh badan kita.



Selain khasiat yang terdapat dalam gambar diatas, Vitamin E Complex juga mempunyai banyak manfaat-manfaat lain yang disumbangkan oleh grape seed yang terdapat dalam Vitamin E Shaklee seperti:
 • Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu
sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan
terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung
kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
dinding kapilari darah.


Selain daripada Grape Seed extract yang terdapat dalam Vita E Shaklee, Selenium juga merupakan salah satu kandungan yang terdapat didalamnya. 

Apa itu selenium?

Selenium merupakan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan yang melawan radikal bebas.


 

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang sifatnya sangat tidak stabil, memiliki satu electron atau lebih yang tidak berpasangan, menimbulkan penyakit jantung, rematik, katarak, kanser dan lain-lain. Radikal bebas secara terus menerus terbentuk melalui proses dari dalam tubuh seperti peristiwa metabolisme sel normal, peradangan, kekurangan gizi dan juga dari luar tubuh seperti pencemaran ,sinar matahari, asap rokok, dan sebagainya.

 

Selenium merupakan mineral yang berfungsi sebagai antioksidan dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh, tetapi diperoleh dari makanan sehari-hari, yang terdapat dalam ikan, padi-padian, daging, dan sayur yaitu brokoli. 
 
Jadi, fungsi selenium sangat penting bagi tubuh, antara lain:


  • Melawan radikal bebas, tubuh secara alami memiliki kemampuan untuk melawan radikal bebas yang merosak sel dan menimbulkan berbagai penyakit. Di dalam tubuh selenium bekerja sama dengan vitamin E sehingga berfungsi sebagai antioksidan.

  • Meningkatkan kekebalan tubuh, kerana selenium bekerja memperbaiki system imuniti (kekebalan tubuh ) dan fungsi kelenjar tiroid. Dari hasil penelitian selenium dapat mencegah kanser seperti kanser paru-paru, prostat, colorectal termasuk kanker kulit akibat paparan sinar matahari. Jadi selenium bermanfaat sekali untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh.

  • Mempertahankan elastisiti (keanjalan) kulit bersama vitamin E, karena itu bila kadar selenium berkurang maka tubuh akan mengalami penuaan dini yaitu sel yang rosak sebelum waktunya. 

  • Kita di cadangkan mengambil 55 mikrogram selenium setiap hari. Selenium adalah nutrien penting yang menawarkan fungsi antioksidan, yang membantu meningkatkan sistem imun. Dijumpai di dalam tanah, tumbuh-tumbuhan menyerap dan ia tidak berkurangan apabila diproses. Ini adalah mineral penting dalam tubuh manusia kerana ia membantu kedua-dua sistem imun dan operasi tiroid kelenjar.
Bagaimanakah cara mendapatkan sumber selenium dalam diet harian?
Anda boleh pilih makanan yang kaya dengan Selenium seperti Brokoli, Tiram, Buah Tembikai, Bawang putih, dan bayam.
 

Semua sumber ini perlu menjalani proses masakan. Kalau masak dengan suhu panas yang tinggi atau terlalu ;lama. Segala nutrien yang ada akan hilang. Jadi bagaimanakah kita boleh mendapatkan sumber selenium tanpa melalui proses yang boleh menghilangkan nutriennya? Saya pilih Vita E complex Shaklee kerana mempunyai 10mg selenium semulajadi yang diperlukan oleh badan kita.

Selain daripada itu, gabungan selenium dan Vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan, terutama pada pergerakan sperma.



Sekiranya anda berminat untuk mencuba Vitamin E Complex Shaklee, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

Konsultansi akan diberikan.

tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:

Klik disini untuk order! 


Friday 11 July 2014

Bestnya Vitamin C Sustained Released





Tahukah anda keistimewaan Vitamin C Sustained Released?
  •  Sustained released Vita C plus diekstrak daripada kanji jagung.
  • Setiap 500mg Vita C SR ini mengandungi 120mg bioflavonoid yang membantu penyerapan Vita c dalam badan kita dengan lebih efisyen lagi.
  • Vitamin C Shaklee akan kekal didalam badan selama 5 jam dan dilepaskan perlahan-lahan seperti memakan 1 1/2 biji oren dalam satu jam. Haaa..ini bermakna bersamaan dengan 7.5 biji oren sehari. Laratkah kita nak makan 7.5 biji oren sehari? Hanya dengan harga 50 sen (HARGA AHLI LEBIH MURAH TAU) untuk sebiji Vitamin C, anda akan dapat kebaikan 7.5 biji oren berbanding dengan 7 biji oren di kedai-kedai. Mungkin harga lebih berlipat kali ganda. Jadi anda hanya dapat kebaikan 7 biji oren dengan hanya 50sen sahaja.
  • Vitamin C boleh bertindak sebagai detoks khususnya untuk mereka yang merokok. Semua tahu kandungan yang berbahaya dalam rokok seperti plumbum, arsenik, raksa, tar memberi kesan kepada keseluruhan badan terutamanya hati, buah pinggang, saluran darah dan sebagainya dan menghasilkan banyak radikal bebas di dalam tubuh. Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang mengawal kerosakan akibat aktiviti radikal bebas yang boleh merosakkan DNA.
  •  Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik) dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan.
  • Vitamin C Shaklee adalah yang termurah di pasaran jika dibandingkan dengan kualiti dan keistimewaannya. 1 botol vitamin C mengandungi 180 biji ini bermakna ia akan tahan selama 6 bulan penggunaan dengan harga hanya RM92 (jom join ahli Shaklee untuk mendapat kelebihan membeli vitamin Shaklee pada harga murah). 
  • Vitamin C Shaklee adalah fleksibel. Bukan sahaja boleh dimakan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman namun boleh juga dibuat masker untuk menjaga kecantikan luaran. Nah, saya berikan panduan untuk membuat masker Vita C SR.

  • Vitamin C sangat berkesan dalam mengecutkan jerawat besar dan mengelakkan jerawat pasir dimuka. Dan amalan penggunaan secara berterusan boleh membantu mencerahkan dan menegangkan kulit kerana Vitamin C berperanan untuk membentuk kolagen kulit. Jadi kulit akan lebih tegang, licin cantik dan kalau ada luka, luka tersebut cepat baik. No wonder lah Vita c SR ni termasuk dalam set kecantikan Shaklee.ihiks

Jom kita tengok kenapa badan kita memerlukan Vitamin C :
  • Mencegah jangkitan dan selsema
  • Antioksida yang kuat
  • Memperbaiki tisu badan.
  • Penghasilan kolagen untuk pembentukan kulit, memperbaiki ligamen dan memperbaiki rawan.
  • Membentuk dan memperbaiki tulang, rawan dan gusi.
 Sekiranya anda kekurangan vitamin C, anda mungkin...




    Sekiranya anda berminat untuk mencuba Sustained released Vita C Plus, anda boleh hubungi saya di nombor 013-3530853 atau emailkan pada saya di akmal_haziqah@yahoo.com.

    Saya juga membuat COD di area Pasir Gudang, Johor, Kulai dan Kota Tinggi. Bagi yang inginkan barangan Shaklee boleh terus hubungi saya.

    Konsultansi akan diberikan.

    tetapi sekiranya anda mempunyai kad debit/ master card/visa, anda boleh:
    Klik disini untuk order terus!
    hai u ols semua..ihiks..apa khabar?? haih..bersawang bagai blog ku ni...hahaha harus nak kena bersihkan rumah baru boleh jemput orang datang.

    Anyway, ku nak sambung cerita tetang en.hubby ku yang demam teruk sebelum ni. belum baca lagi?? hahaha sila baca kerana ada info disitu. Mungkin anda akan dapat ilmu sedikit sebanyak nanti.

    hokeh, ini al-kisah setelah en. hubby consume Nutriferon dan B complex.

    sila abaikan muka babyku yang mencebik..hahahaha..sedih benor ghupenya kena pelok gitu. okey, sambung cerita. Seronok rasanya bila yang tersayang sihat. Yes, bukan zika nak mencanang yang shaklee ni hebat bagai tapi dari pengalaman sendiri mengkonsumsi, memang zika puas hati kerana kesannya pada keluargaku.

      Dua item ini a must have item dalam rumah, kenapa? sebab membantu kuatkan imun dalam badan selain daripada itu B-complex juga membantu meredakan stress. Inginkan dua itema ni? Boleh sangat sebab zika adalah SID bernombor 1032893. Boleh COD area Pasir Gudang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai serta pengeposan ke seluruh Malaysia. Nak harga ahli??meh jadi ahli terus ihiks. RM65 sahaja.

    Nama: Akmal Haziqah Binti Abdul Rashid
    SID: 1032893
    Contact Number : 013-3530853

    Sunday 6 July 2014

    KEISTIMEWAAN SHAKLEE



    • Tahukah anda bahawa 1 daripada tiga kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit jantung?
    • Tahukah anda 1 daripada rakyat Malaysia menhidapi barah?
    • tahukah anda 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidapi Diabetic 

    Kenapa anda perlu mengambil supplement?
    1. Pencemaran 
    •   Persekitaran yang tidak sihat boleh menjerumus kepada kesihatan yang tidak sihat.  
         2.   Makanan kurang berkhasiat

         3.   gaya hidup tidak sihat

         4.   Tekanan hidup

         5.  Pengambilan ubat berlebihan


    Ancaman terbesar

    • Penuaan sel-sel badan.

    Keistimewaan Shaklee
     
    1.  Sentiasa selamat
    • Lebih daripada 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun
    • Lebih daripada 350 ujian saringan bahan berbahaya dibuat untuk setiap bahan baru.
    2.   Sentiasa berkesan
    •  Bahan semulajadi yang paling halus.
    • Lebih daripada 100 terbitan saintifik bertulis.
    • Kajian unggul menunjukkan individu-individu yang mengambil suplemen Shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.
    3.   Sentiasa mesra alam
    • Selamat untuk anda, rumah anda dan bumi.
    Syarikat pertama didunia yang memperolehii pensijilan Climate Neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan co2 100% pada tahun 2000.


    sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee, anda boleh hubungi saya terus di 013-3530853 ataupun anda boleh emailkan pada saya : akmal_haziqah@yahoo.com

     

    Thursday 26 June 2014

    ATASI MASALAH KOLESTROL TINGGI DENGAN PHYTOCOL-ST

     KOLESTROL TINGGI DIKALANGAN PENDUDUK MALAYSIA

    Tahukah anda bahawa satu daripada  tiga orang dewasa di MALAYSIA mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Satu daripada tiga kematian adalah disebabkan oleh penyakit jantung. Ia boleh dihidapi inioleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif kepada kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Lebih menakutkan lagi, masih banyak individu tidak tahu yang paras kolestrol mereka sangat tinggi.


    SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHADAPI KOLESTROL TINGGI?
    • Perokok
    • mempunyai berat badan yang berlebihan
    • yang menghidapi tekanan
    • mempunyai hati yang tidak sihat
    Jika anda mempunyai kolestrol tinggi:
    • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
    • Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
    • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

    Terdapat dua jenis sumber kolestrol. pertama yang dihasilkan oleh hati kita dan kedua yang kita perolehi daripada makanan kita setiap hari. kolestrol yang kita makan akan meningkatkan paras kolestrol dalam darah kita. Kandungan kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


     dua jenis kolestrol utama dalam darah adalah:
    • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
    • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
    LDL juga dikenali sebagai kolestrol 'jahat' kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah. Plak tersebut boleh menyebabkan saluran darah tersumbat sekaligus menyekat aliran darah.

    Sebaliknya, kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol 'baik' kerana membantu mengangkut kolestrol dari saluran darah ke hati untuk disingkirkan. Dengan erti kata lain, HDL membantu membersihakn saluran darah kita.




    APAKAH PENYEBAB UTAMA TINGGI KOLESTROL?

    Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori merupakan punca terjadinya masalah kolestrol tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari. bagi mereka yang menghidapi masalah penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.

    Cuba anda bayangkan, ini adala makanan yang diambil oleh orang Malaysia setiap hari. 


      jumlah kolestrol yang telah anda ambil adalah sebanyak 942mg kolestrol! Itu adalah tiga kali ganda lebih daripada pengambilan yang disyorkan.

    Sekiranya anda mempunyai masalah kadar kolestrol yang tinggi, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum membeli atau menggunakan apa-apa produk kerana dikhuatiri akan memberi kesan sekiranya dimakan sekali dengan ubat-ubatan yang telah dibekalkan oleh doktor.

    Sekiranya anda ingin mencuba supplement sebagai alternatif lain kepada ubat, saya cadangkan anda untuk mencuba phytocol-st sebagai alternatif terbaik.




     Phytocol-st mengandungi 2000mg fitosterol yang mampu membantu menurunkan kolestrol LDL sebanyak 10-15%.



    APAKAH FUNGSI FITOSTEROL?

    Lebih dari 80 kajian membuktikan fitosterol membantu untuk menghalang penyerapan kolestrol dalam saluran darah secara semulajadi. Fitosterol ( dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran.

    BAGAIMANA FITOSTEROL BERFUNGSI?

    Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolestrol akan terhalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermakna, semakin tinggi pengambilan fitosterol, semakin rendah kadar penhyerapan kolestrol yang akan diserap oleh badan kita dan sekaligus menurunkan kadar paras kolestrol LDL.

    Tahukah anda, 10% penurunan LDL kolestrol akan merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%? 2000mg fitosterol mampu membantu menurunkan 10-15% LDL kolestrol berbanding dengan oat- betaglucan yang hanya mampu menurunkan sebanyak 5.5% LDL kolestrol sahaja. Selain itu juga fitosterol mambantu untuk keseimbangan tindakbalas imun bagi mengurangkan jagnkitan viral dan bakteria serta mengurangkan simptom alahan dan keradangan.

    Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak serta kulit kepala berminyak juga bagus mengamalkan phytocol-st ini.

    BAGAIMANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN PHYTOCOL-ST INI?

    Mudah sahaja!

    Anda hanya perlu menghubungi saya ditalian 013-3530853 atau emailkan sebarang pertanyaan anda di akmal_haziqah@yahoo.com.

    Setiap pembelian phytocol-st dengan saya, anda akan layak mendapat:
    1. Tips ekslusif mengawal kolestrol
    2. Jadual pengambilan supplement dari saya
    3. Cara pengambilan terbaik.
    4. Konsultansi berterusan.
     HUBUNGI SAYA SEGERA!

    Klik disini untuk order segera!

    Sunday 11 May 2014

    Dress baby, aku, tulang dan Ostematrix Shaklee

    Assalamualaikum semua,

    Ini cerita petang semalam, hati ni teringin sangat nak buatkan dress yang comel2 untuk si baby cha, tapi apa kan daya tanganku keras hahahhaha

    Tapi kerana hati memang nak sangat maka terhasillah dress yang comel daripada romper dan tulle atau kain net orang biasanya panggil.




    Haaa...comel tak?? Hikhik siap jahit manik dan buat bunga tau. Semua ku diy sendiri. Jadiklah kan? Hihi unyuk anak sendiri, yang penting comel dimataku. Banggalah juga sebab dapat buatkan baby baju dari hasil keras tanganku walaupun ada cheat sikit..ihiks

    Ku bukan apa, kadang-kadang pelik sebab anak ku cha tu bila bawak keluar siap pakai scarf bunga-bunga tapi orang masih tanya boy ke girl?  Haih so lepas ni kalau pakai macam ni tapi orang still tanya soalan sama, boleh sakit jantung mak tau hahaha harus ku bagi carotomax pada yang bertanya tu. Apa tu carotomax? Haha akanku ceritakan di entry lain.


    (See..siap gedabak bunga ku buat unyuk scarf dia hahaha)

    Okey, sebenarnya nak sambung cerita lagi. Kalau diikutkan logik, duduk lama sambil tunduk dan khusyuk menjahit ni pastilah boleh sakit pinggang dan tengkuk kan? Almaklum ku tak ada mesin jahit so gigihlah menjahit guna tangan saja. Lagilah ditambah dengan nak bermanik bagai..hihi

    Alhamdulillah,  berkat mengamalkan ostematrix secara istiqamah. Tiada rasa sakit pinggang atau tengkuk. Orang kata, masih steady.

    Ostematrix ni apa? Ostematrix ni sebenarnya kalsium yang selalu kita dapat dari pemakanan kita.




    Makanan seperti keju, kacang badam dan susu. Haaaa..tak suka minum susu? Ostematrix ni sangat sesuai untuk anda. Tak perlu nak minum susu. Telan je ostematrix 4 biji sehari untuk dapatkan bekalan kalsium yang mencukupi untuk badan kita. Moh tengok tanda-tanda kekurangan kalsium dalam badan kita.




    Haaaa..jangan tak tahu, wanita asia paling tinggi risiko untuk mendapatkan osteoporosis tau. Tak takut ke kena rulang rapuh dan mudah patah di usia muda? Mungkin sekarang kita rasa benda tu remeh dan tak mungkin terjadi..TAPI..hal tu tak mustahil berlaku. Especially pada ibu-ibu yang bersalin secara c-section. Kenapa ku cakap macam tu? Kerana biasanya doktor akan berikan suntikan epidural dipinggang untuk rasa kebas. Kesan jangka panjangnya, pinggang akan terasa ngilu, sakit-sakit dan kadang-kadang kebas. Ini pengalaman seorang customer Shaklee ku sendiri.

    Tidak salah membantu badan kita untuk dapatkan nutrien secukupnya, semuanya untuk masa depan akan datang jugak. Betul tak? Ostematrix bukanlah ubat tapi makanan tambahan yang kita perlukan kerana tidak semua khasiat makanan dapat badan kita serap dengan sempurna. Jadi makanan tambahan sangat membantu.

    Hihi okey, sekadar pendapatku saja. Petang ni nak buat projek diy baju baby yang lain pulak dari baju-baju lamaku. Doakan ku success ye. Hihi

    Berminat nak dapatkan ostematrix atau produk lain dari Shaklee? Bolehlah contact ku di 013-3530853 (zika). Ku adalah ahli Shaklee hihi nak cod barang area pasir gudang, johor bahru, kota tinggi dan kulai pun boleh. Pengeposan keseluruh malaysia.

    Nama: Akmal Haziqah Abdul Rashid
    SID: 1032893
    No hp: 013-3530853
    Fb: Mama Aira's shop
    Personal fb: akmal haziqah abdul rashid






    Sekiranya anda mempunyai kad kreadit/ mastercard/visa, anda boleh: Order Ostematrix disini!

    Saturday 10 May 2014

    Air mata buat Ibu

    Hokeh..entry kali ni agak panjang sedikit dan tidak ada kena mengena dengan shaklee. This morning duduk termenung terkenang org yg dah tiada. Yes! My mom. Bulan ni bulan utk ibu. Tapi mak sy sentiasa dihati tiap saat.tak perlu hari ibu, cuma bila disana sini tetg ibu. Kehilangan tu makin terasa.

    Arwah mak super woman ku. Cakap je nak apa, walau tak ada duit pasti akan dia usahakan jugak.

    Arwah mak mengajar ngaji as long as I can remember. Mak rajin tambah ilmu tentang tarranum dan al-quran. Rajin ke masjid kota tinggi tiap2 minggu belajar dgn hajah ummi kalsum.

    Dulu rumah tak pernah sunyi dengan bacaan ayat al-quran siang dan malam sebab sentiasa ada budak belajar mengaji atau taranum untuk pertandingan.

    Paling best sebab mak jual jajan dan aiskrim kat rumah dan hakak ni lah tukang makan dan perabih skali hikhik walaupun ayah kdg2 bebel sbb budak2 buat sepah kat rumah sbb jajan tp mak tak kisah. Kalau ada yg byr duit ngaji mesti mak bg jajan setimbun kat diorg. Mak ckp tu kira sedekah amal jariah mak. Mak bukan nk duit org sgt tp mak nak Budk2 rajin dtg rumah ngaji dan belajar al-quran.

    Yes..paling suka bila mak buat kerepek kentang. Bila dh dekat puasa, sy dan ayah duduk mengadap lupas kulit kentang. Kalau mak mengajar ngaji, sy dan ayah gilir-gilir ganti goreng kerepek kentang. Fuh..kalau tak ada kesabaran yang tinggi menghadap api panas, kuali panas, memang tak kan terbuat punya. Sebab tu mak super woman. Takde bantuan mesin, semua by hand waktu tu. Dari kupas kulit sampailah nak packing.

    Hasil air tangan mak tu jugaklah yg membesarkan sy sampai ke universiti. Memang sgt terkilan tak mampu nak beri yg terbaik untuk mak. tapi apakan daya.

    Waktu mak meninggal bagai tak ada ruang nk berjalan didalam dan luar rumah sbb terlalu ramai org datang ziarah. Sampai duduk pun berhimpit-himpit. Nak parking kenderaan pun sampai jauh-jauh.Allah..mungkin itulah kelebihan yg allah beri pd arwah mak. Malah sahabat-sahabat yang sama-sama dengan mak belajar di kota tinggi juga mengkhatamkan al-quran beramai-ramai untuk mak. Beruntung sangat mak.
     

    Tetapi paling sedih sebab mak pergi seminggu sebelum konvokesyen ku. Sebelum sempatku hadiahkan segulung ijazah untuk tatapan mak sebagai bukti pengorbanan mak berbaloi. Dua minggu sebelum tu pun mak excited sangat nak berjalan dan makan2 di penang. Boleh dikatakan setiap hari mak call or sy call. Tak sangka baru sehari balik ke rumah dan dapat bercerita dengan mak. Tapi malamnya mak pergi untuk selamanya secara mengejut kerana asthma didepan mataku. Masih terbayang2 ayah sambut badan mak yg longlai dan jatuh dalam pangkuan ayah. Ayah pernah cerita yg mak nak mati dirumah, didalam pangkuan ayah. Dan pesannya kalau siapa2 mati dulu jangan totiskan airmata. Sebab tu jugak ayah tak menangis, cuma dua minggu lepas tu ayah mengalirkan airmata rindu yg teramat pd mak kerana anniversary perkahwinan mak dan ayah yg ke 40 hampir tiba Menjenguk ayah di biliknya, ayah tengah termenung dan rupa-rupanya ayah menangis seorang diri. sedih sangat bila lihat ayah waktu itu. Mudah2an roh mak dicucuri rahmat Allah. Amin.

    Mak adalah kesayanganku, my super woman, maaf kerana selalu mengecewakan mak. Tapi hati ini selalu untuk mak. Walaupun diriku selalu degil dan memberontak adakalanya. Mak paling penyabar dalam segalanya.love u mak!! (T.T)


    Tuesday 1 April 2014

    Nutriferon dan B-complex alternatif kepada panadol.

    Assalamualaikum...

           Al-kisah beberapa hari yang lepas, en.hubby saya diserang demam. Punyalah risau sebab bila en.hubby demam pasti sampai berhari-hari lamanya. oh..tidak! kesian bila tengok en.hubby melepek jer kat sofa. Demam + selsema. hihi sebelum tu..(mintak maaf ye en.hubby, syg dok letak gambar abg dalam ni) (^______^)Y peace yawww...

    So, tanpa membuang masa saya pun zass bagi husband makan nutriferon dan B complex. Nutriferon dan Bcomplex ni bagi saya adalah alternatif kepada panadol.

    Meh, saya cerita pasal Nutriferon dan B complex ni yek..hihi



    KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE TINGKATKAN IMUNITI

    Kebaikan nutriferon shaklee adalah terbukti secara klinikal SELAMAT, BERKESAN DAN 100% SEMULAJADI. Bagi yang ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, jatuh sakit dan juga selesema bolehlah mencuba kebaikan nutriferon shaklee yang sememangnya meningkatkan kembali imuniti tubuh kita.

    KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE YANG TIADA BANDINGAN

    Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah:-
    1.  Kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Kajian menunjukkan interferon 
         mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun 
         tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh 
         untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag. Jadi dapat membantu:-   
              a. Bantu sesiapa yang hadapi masalah tahap keimunan sering 
                  berkurang.     
              b. Sesuai untuk yang kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh 
                  sakit melebihi seminggu   
              c. Ibu menyusu yang mana anaknya masih kerap demam atau demam 
                  berpanjangan

    2.  Bantu lawan kanser dan tumor otak. Polisakariada yang terdapat dalam interferon semulajadi meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser.

    3.  Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapiPolisakarida juga 
         membantu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan 
         kemoterapi dijalankan.
    4.  Melindungi dari Influenza, SelesemaMembantu seimbangkan respon alergi 
         terhadap persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi virus 
         mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza.   
    5. Jadi nutriferon sangat bagus untuk:-     
           a. Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak 
               menentu,jerebu dll   
           b. Sangat sesuai untuk orang yang kerap dikelilingi orang ramai  @ 
               melancong, berada di luar negara dll.
    6.  Meringankan stress dan Kelesuan
    7.  Rumusan nutriferon dapat ringankan rasa tidak sihat yang disebabkan oleh 
         keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
    8.  Melambatkan penuaanFormula unik nutriferon semulajadi yang pertama di 
         dunia  sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk 
         mengurangkan radikal bebas,virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit  
         lebih sihat dan muda.
    9.  Mengurangkan infeksi dan sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C. 
         Keberkesanan kebaiakan nutriferon shaklee dalam memerangi 
         dan mengurangkan infeksi juga meminimumkan ketidakselesaan akibat 
         penyakit hepatitis B & C ini seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll.
    10. Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik. Gejala-gejala 
          seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah
          dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous dapat diatasi 
          dengan pengambilan nutriferon.
    11. Mengurangkan simptom-simptom ketika pra-haid dan sewaktu 
          haid. Mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem
          endokrin  seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, 
          kegelisahan, insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.
    12. Bantu dalam pemulihan penyakit;-       
          a. Lepromatus (kusta),        
          b. Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh 
             jangkitan  organisma yang dikenali sebagai protozoa)      
         c. Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit).


    KEBAIKAN B COMPLEX SHAKLEE

    Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

    Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B.
    Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

    Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
    ~Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress.
    ~ Ia adalah nutrien anti-tekanan.
    ~Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
    ~Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
    ~Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
    ~Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
    ~Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

    Dapatkan vitamin B complex natural untuk membantu fungsi tubuh anda.



    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


    Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement Shaklee, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda dari Shaklee... InsyaAllah, saya akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!

    Sekiranya anda ingin pergi membeli di branch Shaklee sendiri, anda boleh menggunakan id saya untuk mendapatkan harga ahli.



     
    Blogger Templates